BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 17, 2010

KESEDIAAN DAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIOLOGI DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH

link1

kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan, penggunaan komputer dalam pembelajaran dan pengajaran Biologi memberi manfaat kepada pelajar. ini kerana guru-guru yang mengajar menggunakan kemudahan komputer membolehkan suara direkod dan juga diedit dan seterusnya dimainkan semula di bilik darjag secara berulang. teknologi seperti audio digital digunakan untuk membolehkan pelajar mempelajari dan mengenal suara seperti haiwan liar dalam biologi kehidupan liar.

6 comments:

salinamts said...

kemajuan zaman kini yang banyak berteraskan teknologi komputer turut melibatkan sektor pendidikan yang akan membekalkan modal insan yang celik IT.Journal ini yang lebih menfokuskan tentang tahap pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan lebih mudah difahami dengan mengaplikasikan Teknologi maklumat.Teknologi ini bertindak memudah cara dan menjimatkan masa pengajaran serta lebih selamat.jika dibandingkan dengan pengendalian amali bagi subjek biologi khususnya. Sessi P&P juga dapat menarik minat pelajar.Jadi guru-guru haruslah bersedia untuk jadi orang yang celik IT agar pengendalian kelas akan lebih lancar.

salinamts said...

Kemajuan zaman teknologi kini lebih menjurus kepada generasi celik IT.Bidang pendidikan juga tidak terlepas dari matlamat ke arah menyediakan modal insan yang berpengetahuan terutamanya ilmu sains dan mempunyai berkemahiran dalam mengurus diri. Untuk menyediakan modal insan yang tersebut adalah menjadi tanggungjawab pendidik-pendidik untuk menjadikan sesi P&P lebih menarik dan berkesan dengan bantuan komputer.
kajian journal ini telah berkenaan dengan tahap
kesediaan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran biologi di sebuah sekolah menengah.
Hasil kajian journal ini telah mendapati:
 Tahap kesedian tinggi bagi pelajar
 Penglibatan pelajar masih rendah
 Pencapaian pelajar meningkat jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar semasa P&P konvensional
Jadi dapatlah dirumuskan bahawa:
>>keupayaan komputer hanya dapat dieksplotasi dengan berkesan jika ia diterima oleh pelajar dan
>>guru memanfaatkan sepenuhnya semasa P&P berjalan.

salinamts said...

Kemajuan zaman teknologi kini lebih menjurus kepada generasi celik IT.Bidang pendidikan juga tidak terlepas dari matlamat ke arah menyediakan modal insan yang berpengetahuan terutamanya ilmu sains dan mempunyai berkemahiran dalam mengurus diri. Untuk menyediakan modal insan yang tersebut adalah menjadi tanggungjawab pendidik-pendidik untuk menjadikan sesi P&P lebih menarik dan berkesan dengan bantuan komputer.
Hasil kajian journal ini telah mendapati:
 Tahap kesedian tinggi bagi pelajar
 Penglibatan pelajar masih rendah
 Pencapaian pelajar meningkat jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar semasa P&P konvensional
Jadi dapatlah dirumuskan bahawa:
>>keupayaan komputer hanya dapat dieksplotasi dengan berkesan jika ia diterima oleh pelajar dan
>>guru memanfaatkan sepenuhnya semasa P&P berjalan.

Tcr Ros said...

Melalui artikel ini saya bersetuju bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi adalah sangat penting dalam menentukan keberkesanan pembelajaran. Melalui penggunaan komputer ia membolehkan suara atau audio direkod, diedit, dan secara interaktif dimainkan semula berulang kali. Pendekatan penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat
membuka peluang inkuiri yang autentik dalam bilik darjah.Pendekatan ini membenarkan
pelajar mempraktikkan apa yang dipraktikkan oleh ahli sains dan sering melibatkan
penggunaan kaedah dan peralatan saintifik untuk membina pengetahuan saintifik mereka
sendiri melalui penyiasatan bukan secara mengingat. Proses ini akan menghasilkan pengetahuan dan pengalaman yang dapat menjangkau batasan bilik darjah. Selain itu,
simulasi komputer yang menggunakan keupayaan komputer untuk menghasilkan satu model bagi sebahagian daripada dunia sebenar di atas skrin membenarkan pelajar
meneroka dunia yang biasanya tidak dapat dialami secara sebenar disebabkan kekangan masa, keadaan, kewangan atau sumber fizikal yang terhad. Secara keseluruhannya boleh dikatakan bahaa penggunaan komputer dan perkembangan teknologi dalam pembelajaran Biologi akan memberikan impak yang besar kepada para pelajar terutamanya dan guru khususnya.

rabihah mustaffar said...

Kewujudan penggunaan komputer bukan sahaja dapat merangsang pemikiran pelajar bahkan dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pendekatan penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran biologi dapat membenarkan pelajar mempraktikkan apa yang dipraktikkan oleh ahli sains dan sering melibatkan penggunaan kaedah dan peralatan saintifik untuk membina pengetahuan saintifik mereka sendiri melalui penyiasatan bukan secara mengingat. Proses ini akan menghasilkan pengetahuan dan pengalaman yang dapat menjangkau batasan bilik darjah. Selain itu, simulasi komputer yang menggunakan keupayaan komputer untuk menghasilkan satu model bagi sebahagian daripada dunia sebenar di atas skrin membenarkan pelajar meneroka dunia yang biasanya tidak dapat dialami secara sebenar disebabkan kekangan masa, keadaan, kewangan atau sumber fizikal yang terhad. Secara keseluruhannya, penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sememangnya membawa manfaat kepada para pelajar. pelajar lebih berminat dan telah bersedia untuk menggunakan komputer dalam pembelajaran. Penggunaan komputer didapati lebih berkesan berbanding dengan pengajaran konvensional dalam pembelajaran konsep Biologi. Keupayaan komputer untuk menghasilkan warna, animasi, grafik, bunyi, memberi maklum balas dengan cepat serta keupayaan untuk memproses data dengan pantas dan tepat dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar dan memudahkan pengajaran guru. Keupayaan komputer hanya dapat dieksploitasikan dengan berkesan jika wujud penerimaan oleh para guru dan pelajar serta dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran.

noniadnan said...

tidak dapat dinafikan, kejayaan dalam p & p selalunya berlaku apabila ada sokongan dalam bentuk motivasi,bbm atau teknologi yang terkini. teknologi yang ada begitu mudah difahami dan menarik, sesuai dengan pendekatan yang disarankan oleh warga guru agar pemusatan murid digunakan dalam p & p. kebanyakkan pelajar sekarang celik IT namun begitu, masih pelajar memerlukan pendekatan yang lebih seperti pendedahan penggunaannya dalam proses p & p mata pelajaran biologi. journal ini menekankan kepentingan guru sebagai alat untuk membantu pelajar dalam p & p dan seterusnya untuk menarik minat pelajar untuk belajar dan memahami apa yang dipelajari.